5 Kaedah Perolehan Yang Biasa Dilakukan Kerajaan

Terdapat sepuluh kaedah ataupun cara pihak kerajaan melakukan perolehan dan kita akan bincangkan 5 Kaedah Perolehan Yang Biasa Dilakukan Kerajaan yang menjadi kebiasaan bagi Jabatan atau Agensi kerajaan. Kaedah perolehan kerajaan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Perolehan Melalui Pancar Wang Runcit

Kebiasaannya perolehan dengan cara ini adalah untuk membeli bekalan bagi kegunaan dalam kadar segera. Jumlah harga setiap perolehan mestilah tidak melebihi RM 500 dan tiada dokumen perolehan diperlukan tetapi mestilah disertakan dengan resit perolehan. Perolehan boleh dilakukan dari orang perseorangan, kedai atau pembekal dan tidak perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau bertaraf Bumiputera.

2. Perolehan Melalui Kontrak Pusat

Barang yang biasa dibeli melalui kontrak pusat adalah seperti perabut, kenderaan, perkhidmatan percetakan, uniform dan banyak lagi barang-barang yang bersifat gunasama. Perolehan dengan cara ini perlu merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah menggunakan pesanan kerajaan sebagai dokumen perolehan.

3. Pembelian Terus

Kaedah ini adalah yang paling popular, ia adalah untuk setiap jenis item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM 50,000 boleh dibuat dengan cara ini. Perolehan boleh dilakukan dengan mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera.

Sebelum melakukan pembelian terus, Jabatan atau Agensi kerajaan yang terlibat bertanggungjawab untuk membuat kajian pasaran. Perolehan haruslah tidak tertumpu kepada satu-satu pembekal tertentu sahaja selaras dengan prinsip yang diamalkan dalam melakukan perolehan kerajaan.

Untuk bidang khusus yang memerlukan lesen atau permit yang sah seperti kawalan keselamatan, farmasi dan sebagainya perlulah mendapatkan lessen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi kontrak kerja yang bernilai tidak melebihi RM 20,000, perolehan boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala, sub kepala yang berkaitan.  Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah menggunakan pesanan kerajaan atau inden sebagai dokumen perolehan mengikut mana yang berkaitan.

4. Perolehan Melalui Sebutharga

Had nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM 50,000  hingga RM 500,000. Jabatan atau Agensi kerajaan yang mengeluarkan sebutharga hendaklah mempamerkan pemberitahuan sebutharga (Notis Sebutharga) di papan kenyataan awam Jabatan atau Agensi yang mengeluarkan sebutharga, mengiklankan di akhbar utama dan juga mempelawa sebutharga kepada penyebutharga yang telah disenarai pendek.

5. Perolehan Melalui Tender

Tender dibahagikan kepada empat kategori iaitu Tender Terbuka, Tender Terhad dan Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan Terus. Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi kepada empat iaitu Terbuka atau Terhad Tempatan, Terbuka  atau Terhad Antarabangsa, Terbuka atau Terhad Khas Bumiputera dan Terbuka atau Terhad khas kepada Pembuat atau Pengilang. Had nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM 500,000 ke atas.

Begitulah 5 kaedah perolehan yang Biasa dilakukan kerajaan. Untuk lebih maklumat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya: [+] http://www.perolehankerajaan.com

9 Sebab Sertai Projek Buat Duit Sebelum Raya

9 sebab kenapa anda wajib sertai projek raya RM10,000 Tuan Haszoor Muaidi

1. Ianya kerja mudah. Kami panggil dropship. Tugas anda hanya promosikan produk sahaja. Beliau sudah sediakan semuanya. Bungkus & Pos produk akan dilakukan oleh pihak beliau.

2. Target beliau jelas, mahu buat duit RM10,000 sebelum raya. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun bukan masalah besar sebab kalau anda tak sertai...memang confirm tak dapat. Kalau join, anda ada PELUANG!

3. Semua produk yang disediakan sangat hot dan mudah dijual. Ianya telah terbukti! Beliau tidak mahu anda jual produk yang tak laku. Beliau mahu kita semua buat duit sama-sama. Baru syok!

4. Segala ayat promosi telah beliau sediakan. Jika sebelum ini anda tidak tahu nak promote,
beliau dah sediakan untuk anda. Copy paste sahaja teknik tersebut. Ulang sekali lagi...COPY PASTE SAHAJA!

5. Keuntungan setiap produk juga cukup tinggi. Ada untung RM50, ada untung RM30, RM40. Semua produk yang kita akan jual bawah harga RM300 dipasaran. So mudah untuk dapat pembeli!

6. Antara produk hot ialah, Pen Al-Quran Digital, Minyak Kasturi Syifa, Produk Kuruskan Badan, Produk Cantikkan Kulit. Semua produk ni memang confirm hot bila tiba bulan ramadhan & musim raya.

7. Projek akan diteruskan sehingga lepas raya.Ya, beliau bukan sahaja nak anda buat duit pada musim raya. Selepas raya...tahun depan pun boleh. Ianya projek berterusan :)

8. Support group disediakan. Sesuai buat orang baru dalam perniagaan internet dan sebagainya. Jadi, boleh sama-sama belajar dan buat pratikal terus. Senang, ada soalan tanya je di group

9. Yuran untuk daftar cukup murah. Jika diluar sana anda mungkin kena habiskan RM2000 - RM5000 untuk dapatkan 10 produk tersebut. Selain itu banyak kerja remeh temeh yang anda kena buat. Pos produk, packing...nak create ayat iklan dan sebagainya.

Dengan projek raya...semua tu tak perlu. Join dan start promote. Berkemungkinan besar keuntungan boleh diperolehi dalam masa 2-3 hari.

Paling hebat jika anda promote terus dapat pembeli untuk produk tersebut!

So, jangan tunggu lama lagi. Daftar sekarang!

Beliau akan tutup tawaran harga murah ini pada 15 July 2013. So daftar sebelum tarikh tersebut. Bayaran akan digandakan jika anda nak join lepas daripada tarikh tersebut!