Showing posts with label tanpa produk sendiri. Show all posts
Showing posts with label tanpa produk sendiri. Show all posts

Langkah Memulakan Bisnes Raya Di Facebook Tanpa Produk Sendiri

3 Langkah Memulakan Bisnes Raya Di Facebook Tanpa Produk SendiriHari ni dah 18 Syaaban, tak sampai 2 minggu je lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh barokah..InsyaAllah

Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan murah rezeki kepada yang rajin berusaha. Apa taknya..Bulan Ramadhan je yang ada Baazar Ramadhan. Bulan lain mana ada..Tapak bazaar Ramadhan sentiasa menjadi rebutan terutamanya di lokasi yang strategik dan ramai pengunjung. Kepada yang baru nak cari tapak, tunggu tahun depan la jawabnya, sebab semua dah penuh.

Bagi anda yang minat buat bisnes, jangan susah hati. Ada lagi cara lain yang anda boleh cuba....

 

Sebenarnya, nak buat bisnes tak perlu susah payah buat produk sendiri. Anda boleh promosikan produk orang lain, bila ada jualan, anda dapat komisen. 

Hari ni saya nak kongsikan 3 Langkah Memulakan Bisnes Raya Di Facebook Tanpa Produk Sendiri.

1. SUMBER PRODUK

Sebelum anda mula menjual atau buat promosi di Facebook, anda perlu kenal pasti sumber untuk mendapatkan bekalan produk tersebut. Saya senaraikan dibawah ini dimana anda boleh dapat bekalan 

Dropship 

Cara pertama adalah melalui dropship. Ramai yang telah mengetahui tentang konsep dropship ni. Namun begitu, masih ramai juga yang tak pernah dengar tentang Dropship. Nak mudah faham, anda jadi reseller atau agen menjual sesuatu produk. 

Tapi yang bestnya jadi dropship ni, anda tak perlu keluar MODAL yang banyak untuk simpan stok. Anda order kepada dropshipper apabila customer dah mula transfer duit kepada anda. Dropshipper akan hantar barang terus kepada customer. Anda tak perlu susah payah berulang alik ke pejabat pos hantar barang. 

Tugas anda cuma buat promosi --> terima duit dari Customer --> Order    

Berikut adalah 3 lubuk dropshipper 


Daftar sebagai agen dropship selalunya PERCUMA, tapi ada juga keadaan dimana dropshipper mengenakan sedikit bayaran sebagai komitmen. Terpulang kepada anda nak pilih yang mana

Affiliate

Cara kedua adalah Affiliate. Produk Affiliate selalunya berupa produk digital seperti ebook, Video, Audio Webinar dan lain-lain lagi. 

Nak daftar sebagai agen Affliliate ni PERCUMA jer. Ramai yang gunakan istilah Affiliate sekarang ni. Anda kena berhati-hati. Berikut adalah 3 penganjur program Affliate yang anda boleh dipercayai


Saya syorkan anda daftar SEKARANG JUGA. Selepas daftar, anda boleh pilih produk yang paling Laris untuk dipromosikan

Masih tak faham Affiliate? Tonton Webinar PERCUMA ini

2. BINA KEDAI@ PLATFORM MENJUAL

Selepas anda dah jumpa sumber bekalan, langkah seterusnya adalah anda perlu ada kedai ataupun platform untuk menjual produk. Jika bisnes offline, anda perlu ada tapak. Bisnes di Facebook, anda perlu ada Fanpage.

Buat Fanpage senang je. Percuma pulak tu. Tapi yang paling penting cara nak tambahkan like fanpage anda. Semakin banyak like, semakin banyak peluang..

3.  PROMOSI

Selepas anda dah ada kedai , langkah seterusnya adalah untuk memulakan promosi produk. Salah satu teknik promosi paling POWER sekarang adalah melalui FACEBOOK. 

Kenapa Facebook?

Sebab pengguna Facebook semakin bertambah setiap hari dan semua orang wajib login Facebook setiap hari. Pengguna facebook di Malaysia sekarang adalah berjumlah 11.1 Juta. Ini satu angka yang sangat besar. Jadi, dimana tempat tumpuan ramai orang, disitulah bagus anda buat promosi

3 Kaedah Promosi di Facebook

1. Facebook Profile. 

Promosi di profile lebih kepada soft selling. Anda berkongsi info tentang produk secara santai. Contohnya: Anda update gambar produk sedang dipacking ataupun kongsi testimoni pelanggan

2. Facebook Group.

Buat Group senang je. Percuma pulak tu. Tapi yang paling penting cara nak tarik minat rakan untuk sertai group anda. Group anda perlu ada nilai, supaya orang minat nak join. Anda boleh offfer Ebook PERCUMA. Video PERCUMA, perisian PERCUMA dan sebagainya.

3. Facebook Ads

Perlu keluar modal untuk buat iklan di Facebook Ads. Anda perlu ketahui teknik bagaimana nak dapat jimatkan kos iklan facebook. 

Begitulah 3 langkah mudah memulakan Bisnes Raya Di Facebook Tanpa Produk Sendiri yang boleh anda cuba. 

Sekiranya anda berminat nak mendapatkan maklumat tentang Bisnes Raya dengan lebih lanjut...saya syorkan anda KLIK DISINI