Showing posts with label bagaimana buat duit dengan blog. Show all posts
Showing posts with label bagaimana buat duit dengan blog. Show all posts

Minda Seorang Affiliate Yang Mahu Berjaya


Nak buat bisnes apa-apa pun, mentaliti adalah faktor penting kejayaan seseorang. 

Dalam bisnes Affiliate, mentaliti yang betul akan menentukan sama boleh berjaya atau tak seorang Affiliate itu    


Kesabaran

Sabar adalah sikap yang penting dalam Affiliate. Jika anda tertarik nak buat Affiliate semata-mata kerana nak income yang banyak seperti seorang yang berjaya dalam Affiliate..anda perlu betulkan semula mentaliti itu 

Setiap Affiliate yang dah berjaya telah melalui proses sebelum mereka mencapai kejayaan..biasanya proses ini banyak yang pahit dan susah..Orang biasanya tak mahu tahu pun kisah pahit..mereka cuma nampak yang manis saja..komisen hari-hari masyuk


Sanggup Belajar 

Nak jadi Affiliate, kena sanggup untuk belajar benda baru, contohnya anda nak promote ebook Tabao..Ebook ini cerita pasal cara nak beli barang murah di luar Negara..contohnya CHINA.

Tapi anda tak pernah pun ada pengalaman membeli daripada luar negara..Ketika ini anda perlu belajar macam mana nak beli borong barang daripada China

Anda kena ingat, Affiliate adalah proses untuk rekemenkan sesuatu kepada orang lain. Kalau anda sendiri pun tak pernah order barang daripada luar negara, macam mana anda nak sahkan ebook ini betul-betul berkesan untuk anda.


Perlu Kreatif

Bagi Affiliate yang baru mula, biasanya mereka akan ambil langkah mudah iaitu copy dan paste konten orang lain. Perkara ini berlaku sebab mereka takda pengetahuan tentang produk Affiliate 

Mungkin disebabkan perasaan malas untuk belajar tentang produk yang dipromosikan, mereka hanya copy dan paste mengharapkan ada orang buat belian.Affiliate yang baik perlu kreatif dalam buat konten. 

Itulah yang akan membezakan Affiliate yang hebat dan yang baru belajar.


Fokus pada Matlamat

Perkara ini memang sering terjadi dikalangan orang yang mencari peluang untuk tambah income. Mereka mudah terikut-ikut dengan orang lain...

Bila tengok ramai yang berjaya dengan FOREX..dia masuk FOREX

Bila tengok Affiliate boleh dapat 5 angka..dia pindah buat Affiliate pulak

Suka melompat ke sana sini sebelum ada hasil

Affiliate yang berjaya pula akan fokus kepada matlamat mereka iaitu nak berjaya dalam Affiliatye 

"Kalau orang lain boleh berjaya dalam Affiliate..Aku pun boleh"..inilah mentaliti yang betul


Perlu keluar modal

Ada yang cakap buat Affiliate ni tak perlu modal. Sejujurnya saya kurang setuju dengan kenyataan ini. Untuk kekal dalam Affiliate..akan perlu keluar modal untuk melabur untuk ilmu  

Sebelum anda nak syorkan ebook atau produk fizikal kepada orang lain,anda perlu tahu apa yang terkandung dalam ebook itu terlebih dahulu atau dah ada pengalaman guna produk fizikal tersebut..jadi anda perlu keluar duit beli dulu..kemudian baca dan guna.

Disitu pun dah ada modal..kalau anda tak berani nak keluarkan modal, saya berani jamin anda tak pasti nak cerita apa kepada prospek nanti. 

Saya ada buat 2 Affiliate ni

1.Affiliate Int3mall 

2.Affiliate MTWG 

Jika anda serius dalam Affiliate Marketing, anda mesti simpan alamat email prospek..nak simpan mesti guna autoresponder..

Autoresponder yang percuma selalu ada limited function..dan selalunya tak banyak email boleh simpan..

Nak tak nak kena bayar juga setiap bulan...Ini termasuk dalam modal juga. Jadi, kalau kata buat Affiliate tak perlu modal tu tak berapa betul.


Penutup

Affiliate ni mesti kena ada minat. Hasil gabungan minat dan mentaliti yang betul, saya yakin anda boleh jana income yang stabil dengan Affiliate

Affiliate memerlukan kesabaran. Bukan benda mudah..buat harini esok terus dapat hasil..Anda perlu sabar dan bertahan 


Teknik Affiliate Zero Cost Marketing

Perkara yang akan menentukan anda berjaya atau tidak dalam Affiliate adalah trafik. 

Jika anda guna blog, jumlah pelawat ke blog anda sangat penting..semakin ramai pelawat..makin tinggi lah komisen yang bakal anda dapat

Trafik memang susah nak dapat..bagi anda yang guna teknik SEO..ianya perlukan masa sebelum dapat ranking tertinggi..dapat first page..

kalau guna iklan berbayar..perlu keluar modal lagi

Best tak kalau boleh dapat trafik tanpa perlu tunggu lama, tak perlu bayar..Mari saya kongsikan kepada anda teknik zero kos marketing iaitu teknik kolam 

Rakan saya berjaya jana RM6000 sebulan dengan hanya guna teknik kolam. 

BACA DISINI   

 

10 Niche Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

10 Niche Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit ini akan menceritakan tentang topik atau niche blog yang sering digunakan oleh blogger untuk buat duit online. Saya dapati ramai yang mempunyai blog sekarang ni. Budak sekolah pun pandai buat blog. Kadang kala saya dapati blog budak2 ni lebih cantik daripada blog Kerja Simple ni. Setiap orang ada matlamat tersendiri untuk buat blog. Tapi saya dapati ada dua matlamat utama iaitu sekadar untuk bersosial dengan rakan-rakan dan untuk buat duit online.

Untuk buat duit online, blog anda hendaklah mempunyai info-info yang berguna untuk dirujuk. Anda kena sedar bahawa kini orang lebih selesa mencari maklumat di internet berbanding bahan rujukan lain. Oleh itu, blog anda hendaklah menyediakan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Mereka tak berminat untuk membaca kisah peribadi anda. kecuali anda seorang selebriti atau blogger terkenal. Jadi hari ni saya nak kongsi 10 Niche Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit


1. Blog Kesihatan


kesihatan

Orang sekarang sangat menjaga kesihatan diri mereka. Jadi tips-tips yang berkaitan kesihatan diri mereka akan sentiasa dicari di internet. Contohnya cara menghilangkan jerawat, cara menguruskan badan, cara mengempiskan perut dan cara menghilangkan bau ketiak. Sekiranya anda mempunyai teknik, tips ataupun panduan kesihatan yang penting bolehlah anda berkongsi dalam blog ini. 

Peluang untuk anda buat duit adalah luas kerana mungkin tips anda anda itu menarik minat pelanggan anda di England, Australia ataupun Indonesia.  Trafik akan masuk menderu-deru jika tips anda sangat berguna. Bila dah banyak trafik bolehlah anda mula memasarkan produk-produk kesihatan di blog tersebut. contoh blog kesihatan adalah seperti DISINI

2.  Blog Fesyen

Jika anda seorang yang minat sangat dengan Fesyen inilah peluang untuk anda buat duit. Caranya adalah anda berkongsi fesyen yang anda reka sendiri dalam blog. Bila ada yang berminat, mungkin mereka akan menghubungi anda untuk bertanya dengan lebih lanjut

3. Blog Artis/Selebriti

selebriti


Saya dapati blog jenis ini memang cukup banyak orang buat. Ini adalah kerana orang Malaysia minat baca gosip artis atau selebriti. Jika cerita dalam blog anda HOT dan meletup, dah tentu trafik ke blog anda juga anda meletup-letup. Sebab trafik adalah nyawa untuk sesebuah blog. Blog yang tak ada pelawat seolah-olah blog yang mati. 

4.  Blog Tips dan Tutorial Blog

Disebabkan ramai yang beminat buat blog. Dah tentu mereka akan mencari-cari tips dan tutorial untuk buat blog yang cantik dan menarik. Kongsi pengetahuan anda tentang buat blog. Pasti blog anda akan dikunjungi oleh ramai orang. 

5. Blog Kewangan

Blog ini pasti mendapat sambutan daripada orang yang sedang mencari panduan ataupun tips-tips terkini bagaimana mereka boleh menggandakan duit mereka. Anda mungkin boleh menulis tentang cara berjimat, pelaburan emas, pelaburan perak, tips pengurusan kewangan dan tips pelaburan hartanah

6. Blog Kedai Online

Ramai rakan-rakan saya yang menjual produk secara online di blog mereka. Produk tersebut termasuklah lampin, baju baby, pakaian kanak-kanak, baju muslimah, kelambu, tablet PC dan pelbagai lagi barang-barang keperluan. Jika anda ada produk untuk dipasarkan secara online, bolehlah anda mencuba cara ini. 

7. Blog Teknologi

Blog jenis ini sangat diminati oleh penggemar gajet-gajet terkini. Teknologi terkini semakin berkembang seiring dengan kemajuan zaman. Kalau dulu nak telefon ke USA atau UK mungkin sangat mahal, tapi dengan teknologi terkini. Anda boleh telefon rakan anda di luar negara menggunakan internet sahaja. Selalunya blog sebegini akan buat ulasan ataupun review tentang gajet gajet terkini seperti telefon pintar, ipad,tablet pc atapun lain-lain.

8. Blog Politik

Blog politik juga tak kurang hebatnya. Pelbagai pihak dengan pandangan tersendiri akan cuba membuat ulasan terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam negara. Follower ataupun pengikut blog jenis ini juga ramai. Jika trafik ke blog tinggi, anda boleh menjual ruang iklan. Cuba tengok laman blog politik yang top-top seperti tranungkite.net, greenboc.blogspot.com dan lain-lain tu, Anda perasan tak banyak banyak iklan dalam blog mereka?

9. Blog Perhubungan 

Jika anda sedang kecewa dalam bercinta, dah tentu anda mencari tips atau cara untuk mengatasi masalah cinta anda itu. Jadi penulis blog hendaklah menggunakan kemahiran yang ada untuk berkongsi tips dengan pelawat blog tentang cara menambah baik perhubungan yang sudah suram,tips bercinta, hubungan dengan rakan sekerja dan lain-lain. 

10. Blog Buat Duit Online

Dengan menggunakan internet, buat duit secara online kini tidak lagi mustahil. Pelbagai program buat duit online yang boleh anda sertai. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Tapi saya lebih suka mencari program buat duit tanpa modal. Anda boleh rujuk post dibawah untuk mula buat duit online


Demikianlah 10 Niche Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit yang boleh anda pilih. Diharapkan post ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sekian