3 Tip Tingkatkan Jualan

Salam Merdeka,

Adakah anda seorang peniaga di Facebook? Berapa sales yang anda dapat dalam satu hari? Jika anda susah dapat sales di facebook, hari ni saya ingin kongsikan 3 tip Meningkatkan Jualan. Tak kira apa bisnes yang anda sedang jalankan, Ilmu Jualan sangat penting untuk memastikan bisnes anda terus maju

Saya dapati masih ramai yang mempunyai masalah untuk membuat jualan. Lebih-lebih lagi sekarang ni ramai yang bisnes di facebook. Produk yang dijual hampir sama saja.

Berikut adalah 3 tipnya:

1. Guna Testimoni Kejayaan Pelanggan

Ini contoh laman web yang menggunakan teknik ini


Beliau tak perlu cerita kehebatan dirinya. Cukup sekadar berkongsi kisah-kisah kejayaan orang yang menggunakan teknik pemasaran beliau

Selalunya orang tertarik untuk membeli bila ada bukti bergambar. Oleh itu gambar sangat penting untuk menarik minat pelanggan!

2. Robot SMS

Menggunakan robot SMS ni cukup mudah kerana segala urusan pelanggan diurus secara automatik. Setup sekali jer..selepas tu..semua akan jadi automatik. Anda cuma tengok duit masuk akaun bank saja

Jika anda gunakan telefon android, download je aplikasi MSM (Auto Reply)


Hanya kenalpasti masalah pelanggan, bagaimana nak selesaikan,kemudian bagaimana cara pelanggan nak bagi kita duit, supaya kita dapat bantu selesaikan masalah pelanggan dengan segera

Cuba lihat macam mana nak gunakan "Teknik Jual Berkesan" ini untuk membuat lebih banyak jualan

5 Kaedah Perolehan Yang Biasa Dilakukan Kerajaan

Terdapat sepuluh kaedah ataupun cara pihak kerajaan melakukan perolehan dan kita akan bincangkan 5 Kaedah Perolehan Yang Biasa Dilakukan Kerajaan yang menjadi kebiasaan bagi Jabatan atau Agensi kerajaan. Kaedah perolehan kerajaan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Perolehan Melalui Pancar Wang Runcit

Kebiasaannya perolehan dengan cara ini adalah untuk membeli bekalan bagi kegunaan dalam kadar segera. Jumlah harga setiap perolehan mestilah tidak melebihi RM 500 dan tiada dokumen perolehan diperlukan tetapi mestilah disertakan dengan resit perolehan. Perolehan boleh dilakukan dari orang perseorangan, kedai atau pembekal dan tidak perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau bertaraf Bumiputera.

2. Perolehan Melalui Kontrak Pusat

Barang yang biasa dibeli melalui kontrak pusat adalah seperti perabut, kenderaan, perkhidmatan percetakan, uniform dan banyak lagi barang-barang yang bersifat gunasama. Perolehan dengan cara ini perlu merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah menggunakan pesanan kerajaan sebagai dokumen perolehan.

3. Pembelian Terus

Kaedah ini adalah yang paling popular, ia adalah untuk setiap jenis item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM 50,000 boleh dibuat dengan cara ini. Perolehan boleh dilakukan dengan mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera.

Sebelum melakukan pembelian terus, Jabatan atau Agensi kerajaan yang terlibat bertanggungjawab untuk membuat kajian pasaran. Perolehan haruslah tidak tertumpu kepada satu-satu pembekal tertentu sahaja selaras dengan prinsip yang diamalkan dalam melakukan perolehan kerajaan.

Untuk bidang khusus yang memerlukan lesen atau permit yang sah seperti kawalan keselamatan, farmasi dan sebagainya perlulah mendapatkan lessen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi kontrak kerja yang bernilai tidak melebihi RM 20,000, perolehan boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala, sub kepala yang berkaitan.  Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah menggunakan pesanan kerajaan atau inden sebagai dokumen perolehan mengikut mana yang berkaitan.

4. Perolehan Melalui Sebutharga

Had nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM 50,000  hingga RM 500,000. Jabatan atau Agensi kerajaan yang mengeluarkan sebutharga hendaklah mempamerkan pemberitahuan sebutharga (Notis Sebutharga) di papan kenyataan awam Jabatan atau Agensi yang mengeluarkan sebutharga, mengiklankan di akhbar utama dan juga mempelawa sebutharga kepada penyebutharga yang telah disenarai pendek.

5. Perolehan Melalui Tender

Tender dibahagikan kepada empat kategori iaitu Tender Terbuka, Tender Terhad dan Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan Terus. Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi kepada empat iaitu Terbuka atau Terhad Tempatan, Terbuka  atau Terhad Antarabangsa, Terbuka atau Terhad Khas Bumiputera dan Terbuka atau Terhad khas kepada Pembuat atau Pengilang. Had nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM 500,000 ke atas.

Begitulah 5 kaedah perolehan yang Biasa dilakukan kerajaan. Untuk lebih maklumat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya: [+] http://www.perolehankerajaan.com

9 Sebab Sertai Projek Buat Duit Sebelum Raya

9 sebab kenapa anda wajib sertai projek raya RM10,000 Tuan Haszoor Muaidi

1. Ianya kerja mudah. Kami panggil dropship. Tugas anda hanya promosikan produk sahaja. Beliau sudah sediakan semuanya. Bungkus & Pos produk akan dilakukan oleh pihak beliau.

2. Target beliau jelas, mahu buat duit RM10,000 sebelum raya. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun bukan masalah besar sebab kalau anda tak sertai...memang confirm tak dapat. Kalau join, anda ada PELUANG!

3. Semua produk yang disediakan sangat hot dan mudah dijual. Ianya telah terbukti! Beliau tidak mahu anda jual produk yang tak laku. Beliau mahu kita semua buat duit sama-sama. Baru syok!

4. Segala ayat promosi telah beliau sediakan. Jika sebelum ini anda tidak tahu nak promote,
beliau dah sediakan untuk anda. Copy paste sahaja teknik tersebut. Ulang sekali lagi...COPY PASTE SAHAJA!

5. Keuntungan setiap produk juga cukup tinggi. Ada untung RM50, ada untung RM30, RM40. Semua produk yang kita akan jual bawah harga RM300 dipasaran. So mudah untuk dapat pembeli!

6. Antara produk hot ialah, Pen Al-Quran Digital, Minyak Kasturi Syifa, Produk Kuruskan Badan, Produk Cantikkan Kulit. Semua produk ni memang confirm hot bila tiba bulan ramadhan & musim raya.

7. Projek akan diteruskan sehingga lepas raya.Ya, beliau bukan sahaja nak anda buat duit pada musim raya. Selepas raya...tahun depan pun boleh. Ianya projek berterusan :)

8. Support group disediakan. Sesuai buat orang baru dalam perniagaan internet dan sebagainya. Jadi, boleh sama-sama belajar dan buat pratikal terus. Senang, ada soalan tanya je di group

9. Yuran untuk daftar cukup murah. Jika diluar sana anda mungkin kena habiskan RM2000 - RM5000 untuk dapatkan 10 produk tersebut. Selain itu banyak kerja remeh temeh yang anda kena buat. Pos produk, packing...nak create ayat iklan dan sebagainya.

Dengan projek raya...semua tu tak perlu. Join dan start promote. Berkemungkinan besar keuntungan boleh diperolehi dalam masa 2-3 hari.

Paling hebat jika anda promote terus dapat pembeli untuk produk tersebut!

So, jangan tunggu lama lagi. Daftar sekarang!

Beliau akan tutup tawaran harga murah ini pada 15 July 2013. So daftar sebelum tarikh tersebut. Bayaran akan digandakan jika anda nak join lepas daripada tarikh tersebut!

Panduan Menangi Tender Perolehan Kerajaan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai kontraktor di luar yang mengeluh susah sangat nak dapat kontrak tender kerajaan ni. Mungkin ramai dah tahu syarikat Bumiputera akan mudah dapat kerja. Tapi tak tahu kriteria pemilihan. Saya akan kongsikan..

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut:
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah  melebihi saham individu bukan Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera
  • Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera
  • Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera
  • Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.
Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti  di bawah:

Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 %
Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 %
Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 %
Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 %
Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 %

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 %.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 % = RM 500,000

Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender kerajaan tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut.

Untuk lebih makulmat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya Perolehan Kerajaan


Senarai Pembekal/Pemborong Produk Laris Bulan Ramadhan 2013

Senarai Pembekal/Pemborong Produk Popular dan Laris Bulan Ramadhan 2013. Tinggal kurang 3 minggu sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan Bulan Ramadhan Al Mubarak. Puasa tahun yang lalu dah ganti belum? Kalau masih belum ganti, masih ada masa lagi  ni. 

Saya cuma nak ingatkan rakan-rakan semua, pada bulan Ramadhan inilah peluang untuk menambahkan amalan kita. Sebab pahala amalan wajib dan sunat akan diganda-gandakan. Kira macam dapat bonus la kiranya ni. Rebut jangan tak rebut

Dalam pada tu, jangan lupa pula peluang perniagaan yang wujud dalam bulan Ramadhan ni. Rugila kalau tak rebut peluang menambah rezeki pada bulan mulia ini. Untung-untung boleh dapat duit raya lebih tahun ni. 
                   
Selalunya time ni la ramai yang plan nak buka gerai di bazar ramadhan. Selalunya sapa yang lambat booking melepas la nak dapat tapak berniaga. Bukan sikit orang yang nak berniaga. Kalau masih peluang cepat-cepat la tempah tapak siap-siap. 


Kalau anda biasa ke bazar ramadhan tentu tahu apa produk yang selalu dijual di sana kan? 

Ini dia produk yang selalu di jual beli di bazar ramadhan. 


Produk Hot Ramadhan 2013


1. Kueh - karipap, lompat tikam, kuih popia basah, 
2. Lauk pauk - Ikan bakar, ayam percik, 
3. Makanan - mee goreng, kuey teow kerang, 
4. Minimuman - air tebu, kathira, ABC,cendul
5. Kurma - mariami, rotab,ajwa, madinah, yusof taiyob
6. Mercun/Bunga Api
7. Kopiah
8. CD Lagu/Mengaji
9. Quran Digital
10. Buku-buku agama

Selalunya di bazar Ramdhan ni orang lebih suka cari makanan dan minuman jer. Yelah, dalam masa setahun,  inilah sebulan yang penuh dengan makanan yang sedap-sedap

Selain berniaga di Bazar Ramadhan, masih ramai lagi sebenarnya yang berminat nak berniaga sempena bulan Ramadhan ni. Cuma mereka ni mungkin tak cukup masa nak berniaga di meja. Yelah, kalau dah kerja pejabat. Balik awal pun tak sempat nak bukak gerai. Lain la kalau yang memang full time berniaga. 

Anda jangan risau, anda tetap boleh berniaga. Anda boleh berniaga secara online kalau tak dapat nak berniaga offline. Berniaga online yang paling popular sekarang ni kat Facebook dan Blog la. 

Tapi, yang jadi masalahnya pula..nak berniaga apa ni? 


Jika anda masih belum ada idea nak buat bisnes apa....KLIK BANNER DIBAWAH NI





Lani.. hangpa tok sah dok pening-pening. Hangpa pi saja tengok website 

PRODUK HOT RAMADHAN   
HARAP MAAF KUOTA TAHUN NI DAH PENUH 

Dalam tu dok ada sebanyak 50++ Senarai Pembekal/Pemborong Produk Hot Ramadhan 2013. Tinggal pilih saja produk apa yang berkenan. Senarai ni bukan cincai dan main tangkap muat punya. Senarai ni dipilih dengan rapi dan melalui proses tapisan.

Tak rugi dapatkan panduan ni sebab anda dapat 3 bonus tambahan lagi. Bonus pertama dan kedua tu berkenaan teknik pemasaran. Selain daripada Facebook dan Blog, kedua-dua teknik pemasaran ni tak kurang hebatnya. Dua-dua teknik ni boleh dibuat tanpa kos. Manakala bonus ke 3 tu pula list tambahan Senarai Pembekal/Pemborong Produk Hot Ramadhan 2013

Kalau anda betul-betul serius nak Buat Duit Raya tahun ni, saya syorkan anda segera dapatkan panduan ini dengan SEGERA. Dapatkan 


PRODUK HOT RAMADHAN   
HARAP MAAF KUOTA TAHUN NI DAH PENUH 

Kalau masih berminat nak buat duit raya ni, sertai segera Projek Raya


P/S- Projek Raya akan ditutup jualan ataupun dinaikkan harga bermula 15 July 2013. Ini serius..Bukan gimik..tengok apa jadi kepada produk hot ramadhan...dah tutup pun jualannya. Jadi...Kalau nak harga murah..sertai sekarang Projek Raya


    



Buat Duit Online Dengan AssignJobs.com

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ada jumpa satu program buat duit online dengan kerja mudah (microjobs). Ramai blogger yang dok promote program AssignJobs.com ini. Saya senaraikan 10 sebab anda juga patut sertai AssignJobs.com:



Buat Duit Online dengan AssignJobs.com

1. Tak perlu risau sebab pendaftaran PERCUMA jer

2. Daftar je dah dapat $2.00 (usd tau)

3. Kerja yang perlu dilakukan mudah jer seperti like, komen di FB, sign up dll

4. Program ini buatan orang Malaysia iaitu Tuan Syed Ikhwan. Ini Fb Link

5. Pemilik ada bagi no henpon. Ada apa-apa boleh call

6. Gambar pun ada. Kalau ada masalah boleh share di Facebook

7. Upah job dalam USD ( contoh ) $0.25 x 3.00 (rate anggaran USD-RM)  = RM0.75 ( oklah tu)

8. Anda tak perlu keluar Modal

9. Anda kongsi link anda kepada rakan-rakan, bila mereka daftar anda dapat duit

10. Dapat duit boleh cover bayar broadband

Itu saja setakat ni, kalau ada saya tambah lagi.. dah cepat daftar dengan AssignJobs.com sekarang

Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional, Moden, Riau, Pahang dan Baju Melayu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 


Panduan-menjahit-bajukurung


Sekarang ni dah bulan Rejab. Lepas ni masuk bulan Syaaban. Lepas tu Ramadan. Maksudnya Hari Raya Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi. Patut la semua dok sibuk nak buat tempahan baju raya. Masa ni la tukang jahit nak buat duit raya. Maklumlah ianya bermusim.Selalunya, time ni la orang suka menempah baju. Tapi, kalau keluarga yang ramai anak, dah tentu pening kepala juga. Kos upah menjahit dah makin mahal sekarang ni. Alangkah baiknya kalau anda boleh buat sendiri baju kurung sempena raya ni..


Di sini anda boleh belajar cara menjahit baju kurung dengan panduan langkah demi langkah yang praktikal dan mudah difahami.

TAK PERLU SUSAH-SUSAH buang masa di ‘Google’ untuk mencari cara menjahit baju kurung lagi…Tak perlu bayar mahal-mahal untuk kelas menjahit…anda akan ditunjukkan bagaimana anda boleh mempelajari cara menjahit baju kurung dengan mudah, cepat dan praktikal...


Belajar asas menjahit baju kurung, mengambil ukuran, melukis pola, memotong kain, menjahit kain, menjahit poket baju, menjahit pinggang kain dan lain-lain. Semuanya ditunjukkan dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan langkah demi langkah yang mudah difahami dan diikuti secara praktikal.

Jika anda sedang tercari-cari cara untuk MENAMBAH PENDAPATAN? Inilah penyelesaian yang REALISTIK. Belajar menjahit dan ambil upah menjahit baju orang lain.

Mulakan dengan belajar cara menjahit baju kurung sendiri dulu. Kemudian ambil upah menjahit baju secara kecil-kecilan. Kemudian buka kedai jahit atau butik sendiri. Pastinya lumayan, kan? Kalau ada kedai jahit sendiri dan ada pekerja sendiri...lagilah lumayan!!!

SEGALANYA MUNGKIN! Inilah titik permulaan untuk mengubah hidup anda!!

Sekarang, anda boleh mempelajari cara menjahit baju kurung dengan MUDAH, CEPAT dan PRAKTIKAL.


Apa faedahnya belajar menjahit:

1) Mengurangkan kos membeli dan menempah baju.. (Hari Raya, kenduri, baju sekolah anak-anak, baju baru...)
2) Tambah pendapatan (ambil upah menjahit)
3) Mengisi masa lapang dengan hobi yang bermanfaat 

Dan banyak lagi...

Apa kelebihan panduan ini:

1) Senang difahami dan diikuti walaupun anda LANGSUNG TIADA ASAS DALAM JAHITAN.
2) Jaminan pulangan wang 100% dalam tempoh 30 hari jika tidak berpuas hati.
3) Tidak perlu menghadiri kelas menjahit, boleh belajar bila-bila masa.
4) Menjimatkan kos.
Dan banyak lagi kelebihan lain...



JOM BELAJAR MENJAHIT BAJU KURUNG SEKARANG!!

Dapatkan sekarang dan mahirkan diri anda dengan kemahiran baru ini!! Kemudian bina masa depan dengan kemahiran menjahit. Mulakan dengan belajar cara menjahit baju kurung. Siapa tahu, andalah pemilik kedai jahit/ butik yang dapat menjana pendapatan lumayan dengan kemahiran yang amat mudah dipelajari ini. Jangan berlengah lagi. 

Dapatkan SEKARANG!! KLIK SEKARANG

Tambah ilmu ==> Tambah kemahiran ==> Tambah pendapatan.

Terima Kasih.