Buat Duit Dengan Bisnes Cup Cakes




Siapa Suka Makan Cup Cakes? 

Seingat saya suatu masa dulu peminat cup cakes ni tak lah ramai sangat. Tapi, sekarang ni, saya dapati ramai rakan-rakan saya sangat suka makan cupcakes. Sampaikan ada yang sanggup buat sendiri dan bawa ke pejabat untuk dicuba oleh rakan-rakan sepejabat termasuklah saya. hehe..Rezeki jangan ditolak.Saya ni tukang rasa ja. Ada yang sedap. ada yang biasa-biasa saja. 

Nak buat cupcakes ni bukan senang...sebab kena tahu teknik,sukatan serta bahan-bahan yang betul untuk buat cupcakes. Mungkin anda boleh cuba buat sendiri melalui resipi yang boleh didapati dengan percuma di internet. Tapi, tanpa kemahiran dan teknik yang betul, tak mungkin anda boleh dapat hasilkan kek yang sedap. Ada yang lebih advance lagi mungkin pernah ikuti kelas belajar buat cup cakes. Tapi, bile balik rumah, cuba buat sendiri tak jadi la pulak. Nak tanya dengan kawan-kawan malu la..

Selesaikan Masalah Anda

Saya rasa anda patut lihat Panduan Lengkap Cara Membuat Cup Cakes  yang disediakan oleh Puan Shida. Ianya dalam bentuk video step by step langkah-langkah menghasilkan cupcake yang lembut, sedap dan menarik minat orang. Anda akan ditunjukkan cara buat adunan dan juga hiasan. Bermula daripada perkara asas seperti memilih bahan-bahan hinggalah ke bahagian dekorasi menghias cupcake supaya menjadi cantik, lembut dan sedap untuk dimakan, 

Buat Duit Dengan Bisnes Cup Cakes

Bila anda dah berjaya mengikut langkah-langkah dalam pakej video dan terbukti menghasilkan cupcakes yang lembut, sedap dan menarik jangan lokek untuk memberi kepada jiran-jiran dan kawan-kawan pejabat untuk mereka merasanya. Jika maklum balas yang diberikan positif, anda sudah boleh mula buat bisnes cup cakes dari rumah. Buat permulaan cubalah hantar ke kantin pejabat, kantin sekolah, kedai runcit ataupun pasarkan melalui facebook. Dengan cara ini, nampaknya anda sudah mula melangkah untuk menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan dan menjana pendapatan tambahan untuk keluarga.  

Boleh Untung ke Bisnes Cup Cakes ni?

Hmm..kalau anda ada masa cubalah tanya sendiri harga cupcakes yang dijual dipasaran. Selalunya harganya dalam RM3 hingga RM4. Sedangkan kos nak buat sebiji cupcakes dibawah RM1. Cubalah anda kira sendiri keuntungan yang anda dah dapat daripada sebiji kek. Katakanlah sebiji kosnya RM0.70 sen. Selepas tu jual RM3.50. Dah untung 5 kali ganda tu.WOW.. kira dah okay sangatlah tu.  Bisnes macam ni la yang dicari..Jangan tunggu lagi.. dapatkan segera Panduan Lengkap Cara Membuat Cup Cakes 

Apa Anda Dapat Dengan Panduan Lengkap ini

1. 5 Video Cara Membuat Cupcake dan Hiasan
2. 4 Video Cara Buat Dekorasi
3. 3 Panduan Dalam Bentuk Ebook
4. Bonus!!


Apa Kelebihan Memiliki Panduan ini?

Sekiranya anda begitu berminat untuk menceburi bidang bisnes dengan Cup Cakes ni, saya sangat sarankan anda mendapatkan panduan lengkap ini. Ini adalah kerana anda akan mendapat tahu teknik rahsia yang selama ini disimpan oleh rakan anda yang pandai buat cup cakes sedap tu. Anda juga selepas ini akan pandai membuat adunan cup cakes yang lembut dan sedap dan juga pandai dekorasi cup cakes yang cantik dan menarik minat. 

Anda juga tak akan rugi kerana anda boleh tengok video ini berulang kali sampai faham. Kalau tak faham pun, anda boleh bertanya dengan Puan Shida di Facebook. Sudah ramai yang berjaya buat cup cakes sedap dengan bantuan CD ini. Lihat sendiri testimoni ikhlas mereka di laman web Panduan Lengkap Cara Membuat Cup Cakes 

Sebelum terlupa,anda juga layak mendapat bonus jika dapatkan panduan ini sekarang..lihat sendiri bonus tersebut di dalam laman web Panduan Lengkap Cara Membuat Cup Cakes 

Oleh itu, dapatkan segera Panduan Lengkap Cara Membuat Cup Cakes sebelum harganya dinaikkan

Buat Duit Online Dengan UsdBlaster.com

Salam Mesra,

Hari ni saya nak review satu sistem Buat Duit Online iaitu UsdBlaster.com. Satu dapat tahu tentang program buat duit online ini melalui email spam yang selalu saya terima. Mula-mula tu saya tak layan sangat dengan email sebegini. Tapi lama kelamaan saya tertarik pula nak ambil tahu pasal UsdBlaster.com ini

Pengenalan

Website ini dalam bahasa Melayu. Tapi ada bercampur dengan bahasa Inggeris juga. Bahasa yang digunakan mudah difahami. 

Bagaimana Sistem Berfungsi? 

Mula-mula tu saya memang ragu-ragu bila baca sales letter website ni. Apa tidaknya, anda tak perlu buat semua ini

- Tak perlu buat website
- Tak perlu Bayar hosting
- Tak perlu buat pemasaran artikel
- Tak perlu buat FB Ads dan fanpage
- Tak perlu belajar SEO yang susah tu
- Tak perlu guna google adword

Ia juga bukan PTC, PPC, PPV, CPA. Abis tu, kalau semua benda tu tak perlu buat... macam mana nak jana pendapatan pulak? Nak buat bisnes mesti ada jual sesuatu kan? Kalau jual sesuatu mesti kena buat promosi. Dah tu dia cakap tak payah buat semua teknik pemasaran (promosi) diatas. Setakat yang saya tahu, semua perniagaan perlukan pemasaran. Pelbagai kaedah pemasaran yang perlu di praktikkan untuk menjana jualan. Tiada promosi macam mana orang nak beli produk kita.

Kelebihan & Kekuatan

Tapi, UsdBlaster.com ni best sebab anda tak perlu buat produk sendiri, laman web dan promosi. Anda cuma perlu tahu surfing internet dan tahu gunakan email. Senang sangat tu. Budak sekolah pun boleh buat!. UsdBlaster.com ni sesuai kepada sesiapa yang nak buat duit USD je. Sebab saya tengok bukti income semua dalam USD. Produk yang terjual pula seperti produk clickbank.

Sistem ini sangat mudah dibuat kerana hanya perlu setup sekali sahaja. Ada 5 langkah aje. Ambil masa sejam untuk setup. Lepas tu, anda boleh lupakan sahaja. Tau-tau duit dah masuk dalam akaun paypal anda. Haa..anda perlu ada akaun paypal juga ya. Kalau belum ada, daftar la PERCUMA disini : PAYPAL

Kesimpulan

Berdasarkan pemerhatian saya, sistem UsdBlaster.com ini boleh dicuba oleh sesiapa sahaja yang nak kerja mudah. Setup sekali je, lepas tu duduk diam tunggu duit masuk akaun. Suka saya ingatkan, anda perlu sediakan kad kredit ataupun debit kad untuk buat setup sistem UsdBlaster.com ni nanti. 

Jangan bimbang, anda akan dapat panduan yang dijanjikan. Cuma terpulang sama ada anda nak ikut panduan tersebut tu atau tak. Tapi..kalau tak ikut macam mana nak dapat duit dalam USD tu yer..Join segera kalau anda takut naik harga!



buat duit dengan usdblaster

10 Sebab Utama Mengapa Pilih Affiliate

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hari ni saya nak kongsikan kepada rakan-rakan semua tentang affiliate. Apa itu affiliate? 

Affiliate ialah memasarkan produk orang lain dan sekiranya pembeli melakukan pembelian melalui link affiliate anda, anda akan dibayar komisen jualan oleh penjual. Pemasaran affiliate semakin popular di kalangan ramai usahawan internet pada masa kini, dan tidak mustahil pemasaran ini akan lebih berkembang pada masa hadapan.

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan affiliate anda sendiri? Mari kita lihat 10 Sebab Utama Mengapa Pilih Affiliate untuk menjana pendapatan tambahan.

1. Boleh dimulakan bila-bila masa

Anda tak perlu buat persiapan yang terlampau complicated untuk memulakan perniagaan affiliate. Selepas daftar je dengan laman web affiliate, anda terus boleh mulakan promosi produk jualan. Dengan kelebihan internet, anda boleh bermula walaupun pada pukul 3 pagi dan perniagaan ini berjalan selama 24 jam 7 hari seminggu! Anda boleh buat dirumah aje, tak perlu pergi pejabat pun

2. Tidak perlu buat produk sendiri

Antara kelebihan buat bisnes affiliate ni adalah anda tak perlu pening kepala untuk memikirkan cara nak buat produk sendiri. Anda cuma perlu pasarkan produk orang lain dan jana duit apabila produk tersebut dibeli melalui link affiliate anda. 

3. Modal Rendah

Sebenarnya anda boleh mulakan tanpa sebarang modal pun. Sebab anda tak perlu beli pun produk ini sebelum mempromosikannya. Tapi, mustahil jugalah kalau nak kata tanpa modal. Sebabnya bil elektrik dan juga broadband ataupun streamyx masih perlu bayar juga kan. Jadi yang penting anda tahu cara nak promosikan link affiliate anda itu.

4. Pasaran yang tersangat luas

Perniagaan affiliate sesuai untuk semua orang. Semua orang boleh bergelar sebagai affiliate. Semua orang juga boleh menjana pendapatan menerusi affiliate di sebabkan pasaran yang tersangat luas. Ini kerana pasaran melibatkan seluruh dunia. Semua orang sanggup mengeluarkan wang untuk menyelesaikan masalah mereka. Jadi, anda boleh jadi kaya dengan affiliate walaupun ramai orang menjadi affiliate kerana ia tidak akan tepu.

5. Tak Perlu Jumpa Orang

Perniagaan affiliate ni sangat sesuai buat sesiapa yang ada masalah malu berjumpa dengan orang. Rasanya ramai yang ada masalah ini. Tak pandai nak cakap apa bila jumpa orang. Lebih-lebih lagi kalau orang tu kita tak kenal. 

6. Tidak Perlu buat laman web dan hosting

Nak buat laman web dan hosting bukan senang. kena keluar modal juga. Tapi , dengan sertai affiliate, anda akan dibekalkan dengan laman web jualan. Walaupun laman web jualan ini nampak sama saja, tapi rahsianya terletak pada link affiliate anda. Setiap agen ada link yang tersendiri. Oleh itu, anda tidak perlu pening memikirkan untuk membina laman web sendiri, membeli domain dan hosting sendiri untuk menjalankan perniagaan affiliate anda.

7. Tidak perlu urus jualan

Tugas anda hanya buat promosi saja. Tak perlu ambil tahu pasal urusan jualan dan penghantar produk. Sebab semuanya itu tugas penjual produk tersebut.

8. Bahan promosi dah siap 

Anda tak perlu risau lagi tentang bahan promosi sebab semuanya dah siap sedia untuk digunakan. Anda cuma perlu pilih saja sama ada nak guna banner, teks promosi, video dan sebagainya. Kenapa nak susahkan diri buat banner sendiri. Anda juga jangan hairan kenapa penjual perlu sediakan semua bahan-bahan ini. Inilah yang dikatakan win-win situation dimana semakin mudah anda nak buat promosi, makin mudah produk mereka terjual

9. Guna kaedah pemasaran sendiri

Oleh kerana semua bahan promosi sudah tersedia untuk anda,anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih sendiri kaedah pemasaran yang anda inginkan. Sekiranya anda tak cukup bajet, anda boleh fokus untuk melakukan pemasaran percuma semata-mata, seperti iklan percuma, yahoo group, emel, blog, Facebook,  twitter, instagram, forum dan sebagainya. Tapi, kalau anda ada bajet yang lebih, anda boleh memilih untuk gunakan pemasaran berbayar seperti iklan di fanpage, facebook Ads, letak iklan di blog popular dan sebagainya. Sila rujuk website ini untuk mendapat idea pemasaran affiliate : Teknik Affiliate 

10. Tentukan Income Anda sendiri

Memandangkan pemasaran affiliate ini begitu mudah untuk dimulakan, dengan semua bahan promosi telahpun disediakan, sebenarnya tiada had untuk anda menjana pendapatan melalui model perniagaan ini. Semuanya bergantung kepada usaha yang konsisten yang anda berikan untuk pemasaran affiliate anda, anda berpotensi menjana keuntungan yang besar dalam tempoh yang singkat. tak mustahil nak jana 4-5 angka sekiranya teknik yang anda gunakan adalah tepat!

Begitulah, 10 Sebab Utama Mengapa Pilih Affiliate untuk menjana pendapatan tambahan. Namun, sekiranya anda mahu terus membuat ujikaji, saya cadangkan anda dapatkan Panduan Affiliate supaya anda boleh jana income Affiliate yang pertama anda! 


Buat Duit Dengan Jomniaga.com

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada post saya sebelum ini, salah satu cara kerja sambilan secara online yang boleh anda cuba adalah melalui afiliate. Salah satu program affiliate yang tengah hot sekarang ini adalah jomniaga.com

Jomniaga menyediakan platform kepada pengusaha produk digital seperti ebook, video dan produk fizikal untuk menggunakan platform jomniaga untuk promosikan produk mereka. Manakala bagi anda yang tiada produk sendiri, boleh mempromosikan produk rakan-rakan dalam jomniaga.com ini. Setiap jualan yang terhasil anda akan mendapat komisen. Komisen bagi setiap produk adalah berbeza. Komisen adalah diantara 40% - 75% bagi setiap jualan yang anda hasilkan. Pendaftaran adalah PERCUMA. Cubalah!! KLIK BANNER DIBAWAH INI




Berikut adalah testimoni pengguna JomNiaga:

  "Saya berjaya menjana RM428.26 secara AUTOMATIK."
  - Muhammad Helmi Mohd Yunus

  "Pembayaran setiap 2 minggu on time, support yang friendly."
  - Munib Ahmad

  "Mudah memilih jenis iklan yang mahu paparkan di blog."
  - Muhammad Syazwan

  "Medium terbaik buat pemasar affiliate."
  - Razif Yusoff

Selepas daftar, boleh terus mula belajar tentang Affiliate secara PERCUMA DISINI

Mencari Kerja Sambilan Part Time

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 

Sahabat Sekalian...

Tahniah kerana berjaya sampai ke blog ini..

Kerja Sambilan|Part Time|Kehidupan sekarang ni cukup mencabar. 

Tak sama seperti 10 tahun dulu. 

Kalau dulu dengan gaji RM1000, dah cukup untuk perbelanjaan diri. 

Tapi, sekarang ni dengan kenaikan harga barang-barang, dengan gaji RM 1000, masih belum tentu cukup untuk perbelanjaan sendiri. 

Bagaimana pula dengan yang dah berkeluarga? Confirm tak cukup punya. 

Sebab tu sekarang ni suami isteri kena kerja. 

Seingat saya, zaman saya kecik dulu, para isteri hanya duduk di rumah jaga anak. 

Tapi, sekarang ni dunia dah berubah. Tak boleh lagi nak ikut cara lama. 

Ingatkan bila dua-dua orang dah kerja, masalah dah selesai. 

Rupanya masih tak cukup lagi duit belanja. 

Tengah bulan dah mula kering. 

Jadi, bagi menampung kekurangan dana ini, terpaksalah mencari kerja sambilan ataupun kerja part time. 

Sebenarnya, banyak kerja sambilan yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan samada kerja sambilan secara offline ataupun online. 

Yang penting kena ada kerajinan dan kemahuan..


Kerja sambilan Secara Offline

Kebanyakan orang lebih terarah mencari kerja sambilan secara offline. 

Sebabnya, kerja ini telah diketahui secara meluas oleh semua orang. 

Kerja seperti pengawal keselamatan, pelayan di restoran makanan segera, ikat tali reket badminton, melipat kotak, mengopek ikan bilis, berniaga jual kueh dan lain-lain lagi

Itu adalah contoh-contoh kerja sambilan yang kita pernah dengar. 

Kadangkala, kepakaran dan kemahiran yang ada pada diri seseorang juga boleh digunakan untuk membuat kerja sambilan. 

Saya ambil contoh kerja sebagai mekanik kereta. 

Selepas selesai kerja di sebelah siang. 

Anda boleh mengambil upah membaiki kereta jiran ataupun kawan di kawasan rumah anda pada sebelah malam ataupun pada hujung minggu. 

Yang penting kena kuat berusaha

 

Kerja Sambilan Secara Online  

Bila sebut pasal kerja sambilan secara online ni, tak dapat dipisahkan dengan internet. 

Melalui internet, anda boleh menambah pendapatan tanpa perlu keluar daripada rumah. 



Jangan hairan kalau ada juga yang menjadikan internet sebagai sumber pendapatan utama mereka. 

Apa pula contoh kerja sambilan di internet ni? 

Di internet anda boleh menjalankan perniagaan menjual produk fizikal, menjual ebook, menjadi agen affiliate, jurutaip sambilan dan juga program pengiklanan. 

Menjual barang 

Banyak barang yang dahulunya dijual secara offline, telah dijual secara online. 

Yang penting anda kena kenal pasti produk yang selalu dicari oleh pelanggan dan mendapat pemintaan tinggi. 

Tapi, anda kena belajar cara nak jalankan perniagaan secara online. 

Cari ilmu tentang pemasaran online terlebih dahulu. 

Tanpa teknik pemasaran yang betul, produk anda mungkin agak sukar dijual. 

Produk yang sering mendapat permintaan adalah seperti produk kuruskan badan, produk kosmetik, produk kecantikan wajah, produk "tahan lama", tudung, baju muslimah, peplum dan lain-lain lagi. 

Menjadi Agen Affiliate

Secara ringkasnya agen affiliate adalah seorang individu yang bertindak sebagai wakil pemasaran kepada sesuatu produk. 

Yang bestnya, anda boleh menjadi agen affiliate kepada banyak jenis produk. 

Pendaftaran sebagai agen affiliate ada yg berbayar dan ada juga yang percuma. 

Setakat yang saya tahu, ramai yang menjadi affiliate menjual ebook panduan. 

Contohnya seperti panduan buat website, panduan pemasaran facebook, panduan buat duit dengan youtube dan pelbagai lagi. 

Untuk affiliate luar negara pula, anda boleh sertai clickbank. 

Jika berminat dengan produk fizikal anda boleh sertai amazon.com dan cj.com.      

Jurutaip Sambilan

Ramai individu dan syarikat diluar sana yang memerlukan khidmat anda sebagai jurutaip sambilan

Ini adalah kerana ia lebih menjimatkan kos operasi. 

Mereka tak perlu berikan faedah seperti cuti sakit, EPF dan SOCSO. 

Ia adalah kerja yang dipanggil juga sebagai kerja freelance. 

Cara kerja Freelance ini adalah anda perlu siapkan tugasan yang diberikan oleh majikan kepada anda mengikut tempoh yang dipersetujui. 

Apa yang penting adalah anda perlu ada kemahiran untuk menaip, kemahiran IT dan memahami bahasa Inggeris. 

Sertai jurutaip sambilan segera untuk mulakan kerja sambilan di rumah secara online

Program Pengiklanan


adsense
credit:distilled.net


nuffnang
credit: nuffnang.com.my


Pernah dengar adsense ataupun nuffnang? 

Kedua-dua program ini adalah contoh program pengiklanan. 

Tugas anda adalah untuk membawa orang untuk klik iklan yang dipasang di website ataupun blog. 

Jadi, anda perlu tahu buat website ataupun blog sebelum sertai program pengiklanan ini. 

Sebab code iklan perlu diletakkan didalam website ataupun blog anda. 

Bila seseorang klik iklan tersebut, anda akan dapat duit. 

Nampak macam senang jer.. tapi sebenarnya susah juga sebab kena belajar tarik banyak trafik masuk ke website ataupun blog. 

Tapi, suka saya ingatkan anda bahawa terdapat pelbagai jenis program di internet yang mendakwa mereka menjalankan bisnes program pengiklanan.

Sedangkan kebanyakan program ini adalah sebenarnya pelaburan. 

Contohnya anda perlu bayar sekian duit untuk iklan, selepas sekian masa anda mendapat 200-300% kali ganda daripada pelaburan anda. 

Saya mohon anda menjauhi program sebegini kerana mirip kepada skim cepat lingkup. 

Nasihat saya, kaji dulu sebelum sertai apa-apa program. 

Rujuk kepada yang lebih pakar sebelum memulakan kerja sambilan (part time)


4 Tips memulakan perniagaan internet


Salam sejahtera,

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan.

Apa yang anda ingin niagakan?
Apa potensi pendapatan yang anda inginkan?
Berapa modal yang anda sanggup keluarkan?

Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah dilema anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir.


Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara berikut :

1. Jenis perniagaan di internet

Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin menjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda.

Sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain pula.


2. Rancangan perniagaan

Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda?


3. Persediaan tempat kerja dan alatan

Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.


4. Adakah perniagaan anda halal atau haram?

Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.

Saya syorkan anda download laporan Percuma Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet untuk mendapatkan lebih banyak tips, panduan dan strategi perniagaan internet



Buat Duit Dengan Bisnes Import Dari China

Buat Duit Dengan Bisnes Import Dari China

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Sedar tak sedar barangan dari negara China memang dah melekat di hati rakyat Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari kita menggunakan barang buatan China. Komputer ataupun tablet yang anda gunakan pun buatan China. Ipad dengan Iphone yang menggunakan teknologi USA pun dibuat di China. 

Berdasarkan pemerhatian saya berikut adalah 10 produk China Paling Laris Di Malaysia. Ini adalah kerana ramai yang menjual produk ini di blog ataupun website.

Pen Al Quran Digital - Ramai menjual semasa bulan Ramadhan yang lalu. Sehingga kini masih banyak permintaan


Pen AlQuran digital


Android Tablet PC - Bagi sesiapa yang kurang mampu beli Ipad dan Galaxy Tab. Ini adalah Alternatifnya. Banyak terjual di lelong.my, mudah.my. Tak caya cubalah search sendiri



android tablet pc


Baju Kanak-kanak- Produk yang sentiasa mendapat sambutan


baju kanak-kanak


Beg Tangan - Pelbagai rekabentuk dan jenis 


beg tangan


Foot Detox Patch - Produk ini banyak dijual secara online dan offline




foot detox patch







Y-pad - Untuk beri pada anak-anak supaya tak pinjam Ipad Ibu Bapanya



y pad







Mp3- Alternatif kepada ipod


mp3


GPS - Banyak kereta dipasang dengan GPS sekarang ni

GPS










Helicopter Radio Control - Permainan yang banyak mendapat permintaan

helicopter RC








Jersi . Banyak dicari sepanjang musim perlawanan bola sepak


Baju jersi





Tapi, bagaimana anda nak dapatkan barang-barang buatan China ini semua tanpa perlu ke sana? Kos nak ke China pun bukan murah. Tambahan pula anda tak ada pengalaman membeli di sana. Nanti kena tipu pula. 

Kalau anda mempunyai masalah seperti ini, saya cadangkan anda Buat Bisnes Import Barang Dari China Secara Online.  Tak payah susah payah booking tiket ke China, bersesak-sesak di Kota China cari barang, sewa kedai dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa ramai pemborong-pemborong Malaysia di luar sana yang buat duit dan untung berganda-ganda dengan hanya mengimport barang dari China? 

Mereka sengaja merahsiakan daripada pengetahuan anda sebagai peniaga-peniaga online. Sebabnya, mereka pun nak kena jaga periuk nasi mereka juga. Kalau anda dah tahu rahsia ni, dah tentu anda tak membeli melalui mereka lagi. 

Psst.. Hari ni saya nak bongkarkan rahsia pemborong-pemborong Malaysia ini. (Dah tentu mereka marah sangat dengan saya)

Izinkan saya memperkenalkan ebook Panduan Import Barang Dari China Secara Online







Di dalam ebook ini..anda akan dapat


Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku

Ada 5 ciri yang perlu anda perhatikan apabila memilih barang yang mahu anda borong di TaoBao. Jika barang tersebut memenuhi kelima-lima ciri ini, saya yakin, anda akan mampu menjana keuntungan yang besar dalam perniagaan anda.

Barang yang dipesan akan dapat sampai ke tangan anda dengan selamat... dan dengan pantas, ianya juga akan menjadi rebutan kepada pelanggan-pelanggan anda.

Pastikan anda tidak beli dan borong apa-apa produk di TaoBao.com selagi anda belum mengetahui 5 ciri ini!

Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!

Ada 4 ciri produk yang perlu anda elakkan apabila ingin memborong barang di TaoBao.com . Jika anda membeli produk-produk ini, ada kemungkinan besar, anda akan menghadapi pelbagai masalah di kemudian hari dan terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Jadi, seboleh-bolehnya, elakkan membeli barang yang mempunyai 4 ciri ini.

Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com

Ini adalah rahsia yang paling-paling-paling penting. Jika anda menyangka anda boleh terus pergi ke website TaoBao dan membeli barang disana seperti anda biasa membeli di website-website e-commerce yang lain!

Anda sedang melakukan KESILAPAN YANG SANGAT BESAR!

Berita baiknya, saya tunjukkan kepada anda secara langkah demi langkah beserta secreenshoot-secreenshoot, bagaimana anda boleh membeli barangan di TaoBao dengan cara yang SELAMATdan BETUL!.

Rahsia 4 : Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!

Setelah anda berjaya memborong barang dari TaoBao dan barang tersebut sudah sampai ke rumah anda dengan selamat..

Ada 5 kaedah untuk anda menjual barang-barang tersebut. Saya tunjukkan anda 5 tempat dimana anda boleh jual brang-barang anda.. semuanya adalah secara online sahaja!

Anda hanya perlu lakukannya dari depan komputer anda sahaja!

Rahsia 5 : Proses Jualan & Teknik Meng"Ayat"

Bagi anda yang sudah biasa menjual produk fizikal secara online, rahsia ini mungkin kurang penting bagi anda. Tetapi bagi anda yang belum mempunyai pengalaman menjual produk secara online, ataupun sering gagal menjual produk secara online. Ada banyak tips serta ilmu yang boleh anda pelajari pada bahagian ini.

Malah, saya juga turut berikan anda contoh ayat / skrip untuk anda menjual produk anda kepada orang ramai secara online.

Mulai sekarang anda tak perlu lagi pergi ke China. Apa yang anda perlu buat adalah:

1. Duduk depan komputer dan buat kajian pasaran

2. Buat Tempahan produk
3. Tunggu pesanan sampai di pintu rumah
4. Mula menjual...cara nak mempromosikan produk anda sila rujuk 7 cara promosi tanpa modal

Oleh itu..dapatkan Sekarang disini ---> 
Panduan Import Barang Dari China Secara Online