Showing posts with label pembelian terus. Show all posts
Showing posts with label pembelian terus. Show all posts

5 Kaedah Perolehan Yang Biasa Dilakukan Kerajaan

Terdapat sepuluh kaedah ataupun cara pihak kerajaan melakukan perolehan dan kita akan bincangkan 5 Kaedah Perolehan Yang Biasa Dilakukan Kerajaan yang menjadi kebiasaan bagi Jabatan atau Agensi kerajaan. Kaedah perolehan kerajaan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Perolehan Melalui Pancar Wang Runcit

Kebiasaannya perolehan dengan cara ini adalah untuk membeli bekalan bagi kegunaan dalam kadar segera. Jumlah harga setiap perolehan mestilah tidak melebihi RM 500 dan tiada dokumen perolehan diperlukan tetapi mestilah disertakan dengan resit perolehan. Perolehan boleh dilakukan dari orang perseorangan, kedai atau pembekal dan tidak perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau bertaraf Bumiputera.

2. Perolehan Melalui Kontrak Pusat

Barang yang biasa dibeli melalui kontrak pusat adalah seperti perabut, kenderaan, perkhidmatan percetakan, uniform dan banyak lagi barang-barang yang bersifat gunasama. Perolehan dengan cara ini perlu merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah menggunakan pesanan kerajaan sebagai dokumen perolehan.

3. Pembelian Terus

Kaedah ini adalah yang paling popular, ia adalah untuk setiap jenis item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM 50,000 boleh dibuat dengan cara ini. Perolehan boleh dilakukan dengan mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera.

Sebelum melakukan pembelian terus, Jabatan atau Agensi kerajaan yang terlibat bertanggungjawab untuk membuat kajian pasaran. Perolehan haruslah tidak tertumpu kepada satu-satu pembekal tertentu sahaja selaras dengan prinsip yang diamalkan dalam melakukan perolehan kerajaan.

Untuk bidang khusus yang memerlukan lesen atau permit yang sah seperti kawalan keselamatan, farmasi dan sebagainya perlulah mendapatkan lessen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi kontrak kerja yang bernilai tidak melebihi RM 20,000, perolehan boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala, sub kepala yang berkaitan.  Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah menggunakan pesanan kerajaan atau inden sebagai dokumen perolehan mengikut mana yang berkaitan.

4. Perolehan Melalui Sebutharga

Had nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM 50,000  hingga RM 500,000. Jabatan atau Agensi kerajaan yang mengeluarkan sebutharga hendaklah mempamerkan pemberitahuan sebutharga (Notis Sebutharga) di papan kenyataan awam Jabatan atau Agensi yang mengeluarkan sebutharga, mengiklankan di akhbar utama dan juga mempelawa sebutharga kepada penyebutharga yang telah disenarai pendek.

5. Perolehan Melalui Tender

Tender dibahagikan kepada empat kategori iaitu Tender Terbuka, Tender Terhad dan Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan Terus. Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi kepada empat iaitu Terbuka atau Terhad Tempatan, Terbuka  atau Terhad Antarabangsa, Terbuka atau Terhad Khas Bumiputera dan Terbuka atau Terhad khas kepada Pembuat atau Pengilang. Had nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM 500,000 ke atas.

Begitulah 5 kaedah perolehan yang Biasa dilakukan kerajaan. Untuk lebih maklumat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya: [+] http://www.perolehankerajaan.com

Panduan Menangi Tender Perolehan Kerajaan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai kontraktor di luar yang mengeluh susah sangat nak dapat kontrak tender kerajaan ni. Mungkin ramai dah tahu syarikat Bumiputera akan mudah dapat kerja. Tapi tak tahu kriteria pemilihan. Saya akan kongsikan..

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut:
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah  melebihi saham individu bukan Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera
  • Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera
  • Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera
  • Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.
Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti  di bawah:

Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 %
Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 %
Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 %
Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 %
Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 %

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 %.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 % = RM 500,000

Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender kerajaan tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut.

Untuk lebih makulmat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya Perolehan Kerajaan