Panduan Menangi Tender Perolehan Kerajaan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai kontraktor di luar yang mengeluh susah sangat nak dapat kontrak tender kerajaan ni. Mungkin ramai dah tahu syarikat Bumiputera akan mudah dapat kerja. Tapi tak tahu kriteria pemilihan. Saya akan kongsikan..

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut:
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah  melebihi saham individu bukan Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera
  • Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera
  • Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera
  • Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.
Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti  di bawah:

Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 %
Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 %
Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 %
Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 %
Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 %

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 %.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 % = RM 500,000

Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender kerajaan tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut.

Untuk lebih makulmat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya Perolehan Kerajaan