10 Sebab Utama Mengapa Pilih Affiliate

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hari ni saya nak kongsikan kepada rakan-rakan semua tentang affiliate. Apa itu affiliate? 

Affiliate ialah memasarkan produk orang lain dan sekiranya pembeli melakukan pembelian melalui link affiliate anda, anda akan dibayar komisen jualan oleh penjual. Pemasaran affiliate semakin popular di kalangan ramai usahawan internet pada masa kini, dan tidak mustahil pemasaran ini akan lebih berkembang pada masa hadapan.

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan affiliate anda sendiri? Mari kita lihat 10 Sebab Utama Mengapa Pilih Affiliate untuk menjana pendapatan tambahan.

1. Boleh dimulakan bila-bila masa

Anda tak perlu buat persiapan yang terlampau complicated untuk memulakan perniagaan affiliate. Selepas daftar je dengan laman web affiliate, anda terus boleh mulakan promosi produk jualan. Dengan kelebihan internet, anda boleh bermula walaupun pada pukul 3 pagi dan perniagaan ini berjalan selama 24 jam 7 hari seminggu! Anda boleh buat dirumah aje, tak perlu pergi pejabat pun

2. Tidak perlu buat produk sendiri

Antara kelebihan buat bisnes affiliate ni adalah anda tak perlu pening kepala untuk memikirkan cara nak buat produk sendiri. Anda cuma perlu pasarkan produk orang lain dan jana duit apabila produk tersebut dibeli melalui link affiliate anda. 

3. Modal Rendah

Sebenarnya anda boleh mulakan tanpa sebarang modal pun. Sebab anda tak perlu beli pun produk ini sebelum mempromosikannya. Tapi, mustahil jugalah kalau nak kata tanpa modal. Sebabnya bil elektrik dan juga broadband ataupun streamyx masih perlu bayar juga kan. Jadi yang penting anda tahu cara nak promosikan link affiliate anda itu.

4. Pasaran yang tersangat luas

Perniagaan affiliate sesuai untuk semua orang. Semua orang boleh bergelar sebagai affiliate. Semua orang juga boleh menjana pendapatan menerusi affiliate di sebabkan pasaran yang tersangat luas. Ini kerana pasaran melibatkan seluruh dunia. Semua orang sanggup mengeluarkan wang untuk menyelesaikan masalah mereka. Jadi, anda boleh jadi kaya dengan affiliate walaupun ramai orang menjadi affiliate kerana ia tidak akan tepu.

5. Tak Perlu Jumpa Orang

Perniagaan affiliate ni sangat sesuai buat sesiapa yang ada masalah malu berjumpa dengan orang. Rasanya ramai yang ada masalah ini. Tak pandai nak cakap apa bila jumpa orang. Lebih-lebih lagi kalau orang tu kita tak kenal. 

6. Tidak Perlu buat laman web dan hosting

Nak buat laman web dan hosting bukan senang. kena keluar modal juga. Tapi , dengan sertai affiliate, anda akan dibekalkan dengan laman web jualan. Walaupun laman web jualan ini nampak sama saja, tapi rahsianya terletak pada link affiliate anda. Setiap agen ada link yang tersendiri. Oleh itu, anda tidak perlu pening memikirkan untuk membina laman web sendiri, membeli domain dan hosting sendiri untuk menjalankan perniagaan affiliate anda.

7. Tidak perlu urus jualan

Tugas anda hanya buat promosi saja. Tak perlu ambil tahu pasal urusan jualan dan penghantar produk. Sebab semuanya itu tugas penjual produk tersebut.

8. Bahan promosi dah siap 

Anda tak perlu risau lagi tentang bahan promosi sebab semuanya dah siap sedia untuk digunakan. Anda cuma perlu pilih saja sama ada nak guna banner, teks promosi, video dan sebagainya. Kenapa nak susahkan diri buat banner sendiri. Anda juga jangan hairan kenapa penjual perlu sediakan semua bahan-bahan ini. Inilah yang dikatakan win-win situation dimana semakin mudah anda nak buat promosi, makin mudah produk mereka terjual

9. Guna kaedah pemasaran sendiri

Oleh kerana semua bahan promosi sudah tersedia untuk anda,anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih sendiri kaedah pemasaran yang anda inginkan. Sekiranya anda tak cukup bajet, anda boleh fokus untuk melakukan pemasaran percuma semata-mata, seperti iklan percuma, yahoo group, emel, blog, Facebook,  twitter, instagram, forum dan sebagainya. Tapi, kalau anda ada bajet yang lebih, anda boleh memilih untuk gunakan pemasaran berbayar seperti iklan di fanpage, facebook Ads, letak iklan di blog popular dan sebagainya. Sila rujuk website ini untuk mendapat idea pemasaran affiliate : Teknik Affiliate 

10. Tentukan Income Anda sendiri

Memandangkan pemasaran affiliate ini begitu mudah untuk dimulakan, dengan semua bahan promosi telahpun disediakan, sebenarnya tiada had untuk anda menjana pendapatan melalui model perniagaan ini. Semuanya bergantung kepada usaha yang konsisten yang anda berikan untuk pemasaran affiliate anda, anda berpotensi menjana keuntungan yang besar dalam tempoh yang singkat. tak mustahil nak jana 4-5 angka sekiranya teknik yang anda gunakan adalah tepat!

Begitulah, 10 Sebab Utama Mengapa Pilih Affiliate untuk menjana pendapatan tambahan. Namun, sekiranya anda mahu terus membuat ujikaji, saya cadangkan anda dapatkan Panduan Affiliate supaya anda boleh jana income Affiliate yang pertama anda!