Tips Menjawab Dokumen Cadangan Teknikal Sebutharga dan Tender

Terima kasih kerana masih menjadi pengunjung dan pembaca blog saya. Saya berharap semoga apa yang telah dikongsikan memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan anda.

dokumen tender sebutharga kerajaan


Artikel kali ini saya akan kongsikan sedikit berkenaan dengan penyediaan dokumen teknikal dalam anda menyertai sebutharga dan tender kerajaan. Untuk melengkapkan penyertaan anda dalam sebutharga dan tender, anda perlu sediakan dan menghantar Dokumen Cadangan Harga dan Dokumen Cadangan Teknikal.

Bagaimana anda perlu menjawab dokumen tersebut dengan betul? 
Apa kesalahan yang kebanyakan kontraktor lakukan ketika menyertainya?

Untuk pengetahuan anda setiap jawapan yang anda isi diruangan jawapan dalam spesifikasi teknikal yang diperlukan oleh Jabatan mempunyai markah yang tertentu. Setiap jadual yang dinyatakan mengandungi markah yang berbeza dan mempunyai peratusan nilai pemberat tertentu.

Harap anda dapat beri perhatian, dari pengalaman saya dalam menilai sebutharga atau tender, kontraktor selalunya hanya salin semula spesifikasi minimum yang disediakan tanpa melihat spesifikasi terkini yang disediakan di brosur produk yang disertakan. Terdapat juga kontraktor yang hanya menjawap dengan satu perkataan seperti "Noted", "Comply “ atau "Agreed". Walaupun sebenarnya telah dinyatakan di dalam dokumen sebutharga atau tender bahawa penyebutharga tidak boleh menjawab begitu.

Akibatnya markah yang mereka dapat adalah sedikit berbanding dengan penyebutharga yang menjawap dengan jelas dan diikuti penerangan. Ia juga diaplikasikan dalam kesemua jadual yang perlu diisi oleh anda.

Ingatlah! Dengan hanya 1 markah boleh menyebabkan syarikat anda gagal mendapatkan projek yang bernilai jutaan ringgit dan segala usaha yang anda lakukan menjadi sia-sia.

Jadi, anda ambillah nasihat saya ini. Anda mesti mengambil perhatian dan mengambil berat dalam hal menjawab setiap dokumen yang perlu.

Ini sedikit perkongsian dalam artikel kali ini. Banyak lagi anda akan belajar dari ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan.